(JABATAN
KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
DUB1012:PENGAJIAN
MALAYSIA
TAJUK EFOLIO: FAKTOR PERKEMBANGAN
ISLAM DI TANAH MELAYU
NAMA PENSYARAH:
PUAN NURAINI BINTI NAWAWI
NAMA
PELAJAR
|
NO
PENDAFTARAN
|
1.
MOHD NUR
RASHIDI BIN JAAFAR
|
02DAD16F1107
|
2.
ABDULLAH AZIZ
BIN MOHD AZALI
|
02DAD16F1047
|
3.MHAMAD FAUDZAN BIN NURULHISAM
|
02DAD16F1099
|
4.AHMAD FAROUQ BIN AHMAD HESAMUDDIN
|
02DAD16F1091
|
5.MOHAMAD
ZULKARNAIN BIN ROSMADI
|
02DAD16F1093
|
6. ANAS
SALIM BIN AYUB
|
02DAD16F1108
|
SESI JUN 2016
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera. Bersyukur kepasa Ilahi dengan limpah rahmat yang dianugerahkan
kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan untuk menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertama sekali, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan ini kepada pensyarah kami Puan Noraini Binti Nawawi atas
tunjuk ajar yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses
sekali.
Selain itu, saya juga mengucapkan
tahniah kepada rakan seperjuangan Anas Salim , Nur Rashidi ,Zulkarnain
,Mohammad Faudzan ,Abdullah Aziz dan Ahmad Farouq atas kerjasama yang
diberikan.
Ucapan penghargaan ini juga saya
tujukan kepada rakan-rakan yang lain terutamanya rakan sekelas, DAD1A yang
banyak memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami. Sokongan
mereka juga amat penting untuk kami supaya tidak mudah patah semangat walau apa
juga cabaran yang kami hadapi.
Ahir sekali, saya ingin mengucapkan
sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam pembikinan
folio ini secara langsung atau secara tidak langsung.
ISI KANDUNGAN
BIL
|
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
1
|
PENGHARGAAN
|
2
|
2
|
PENDAHULUAN
|
4
|
3
|
FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM
|
5
|
|
i)PERDAGANGAN
|
5
|
|
ii)PERKAHWINAN
|
7
|
|
iii)PERLUASAN KUASA DAN POLITIK
|
9
|
|
iv)AJARAN ATAU IDEOLOGI AJARAN ISLAM
|
10
|
|
v)FAKTOR KESUSASTERAAN
|
11
|
|
vi)PERANAN AHLI TASAWUF,SUFI DAN PENDAKWAH
|
12
|
4
|
TEORI KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU
|
14
|
|
i)TEORI DARI INDIA
|
14
|
|
ii)TEORI DARI CINA
|
14
|
|
iii)TEORI DARI ARAB
|
14
|
5
|
KESIMPULAN
|
16
|
6
|
RUJUKAN
|
17
|
7
|
LAMPIRAN
|
18
|
PENDAHULUAN
Telah banyak teori-teori
dikemukakan dan diketengahkan tentang cara-cara
kedatangan agama Islam ke Nusantara. Terdapat juga pendapat-pendapat
yang berkaitan dengan dongeng seperti penerimaan Islam di dalam Hikayat Raja-raja
Pasai dan Sejarah Melayu.
AhIi-ahli sejarah umumnya
berpendapat Islam sudah bertapak di Nusantara semenjak abad ke-13. Walaupun
tarikh sebenar kedatangan Islam tidak diketahui tetapi dipercayai Perlak
merupakan kawasan pertama menerima Islam berdasarkan catatan Marco Polo yang
pernah singgah di kawasan tersebut dalam tahun 1292.
Catatan Ibnu Batuttah
menguatkan lagi pendapat tersebut kerana menurut catatannya, ketika beliau
singgah di Pasai pada tahun 1345, penduduk di situ telah menganut Islam
kira-kira satu abad. Dalam kitab Raja-raja Pasai ada menceritakan tentang
peristiwa pengislaman raja negeri tersebut iaitu Merah Silu yang kemudian
menukarkan namanya kepada Malikul Saleh. Beliau telah diislamkan oleh seorang
pengembara Arab bernama Syeikh Ismail.
Di samping itu, ada juga
pendapat lain yang mengatakan Islam mula sampai di Pantai Timur Tanah Melayu
yang dibawa oleh orang-orang Champa. Pendapat ini dikuatkan Iagi dengan
terjumpanya Batu Bersurat di Sungai Terasek Terengganu yang bertarikh 1303.
Terdapat juga pendapat yang mengaitkan tentang kedatangan Islam seperti yang
terkandung dalam Sejarah Melayu. Jelasnya ahlli-ahli sejarah tidak mempunyai
kata sepakat berhubung dengan tarikh dan bagaimana Islam mula tersebar di
Nusantara.
Antara faktor-faktor
perkembangan islam di Tanah Melayu ialah perdagangan, perkhawinan, perluasan
kuasa dan faktor politik, ajaran Islam yang mudah, ideologi Islam itu sendiri,
faktor kesusteraan dan peranan ahli tasawuf, sufi serta pendakwah.
FAKTOR
PERKEMBANGAN ISLAM
1. Perdagangan
Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 Iagi.
Kebanyakkan ahli sejarah barat juga berpendapat agama Islam diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Pendapat ini berasaskan kepada tiap-tiap pelabuhan terdapat penduduk-penduduk yang beragama Islam. Contohnya di Melaka dan di Aceh yang merupakan pusat-pusat perkembangan Islam di samping pusat-pusat perdagangan di Nusantara. Di pelabuhan-pelabuhan tadi terdapat jawatan Shahbandar yang berfungsi menghubungkan sultan-sultan yang memerintah dengan pedagang-pedagang yang berdagang, sama ada dari dalam atau luar negeri.
Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan . Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.
Brunai telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat dengan pedagang-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511 Masehi. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut.
Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa. Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai datang ke Melaka dan di samping menjalankan perniagaan. ada di antaranya menerima Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha memperkenalkan Islam di Jawa. Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam telah berkembang di Jawa. Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan oleh Melaka.
Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana Barat. Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran Perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan secara aman oleh pedagang-pedaganyang tinggal di beberapa tempat dan berkahwin dengan wanita-wanita setempat. N. Krom berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang Islam. Y.H. Kern juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa, apabila peniaga-peniaga yang kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikit demi sedikit mereka dapat menguasai politik negeri berkenaan.
Menurut catatan China pula,pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadiperdagangan, saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah yang berkhidmat secara langsung dengan mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar di Nusantara.
2. Perkahwinan
Perkahwinan merupakan faktor
utama dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ramai saudagar-saudagar luar, sama
ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah berkahwin dengan
wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja.
Antara saudagar-saudagar terdapat yang menjadi hartawan. Melalui
hadiah-hadiah dan pengaruh, mereka dapat berkahwindengan puteri-puteri
tempatan.
Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat
dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya
mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan, ada
saudagar-saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak
pembesar terutamanya di zaman Melaka. Perhubungan keluarga teIah memudahkan
para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.
Selepas perkahwinan, saudagar-saudagar tadi
memperkembangkan agama Islam pada isterinya, keluanga isterinya dan seterusnya
pada masyarakat tempatan amnya. Proses yang sama akan berlaku yang berakhir
dengan seluruh keluarga diraja tersebut memeluk agama Islam. Sudah menjadi
tabiat masyarkat Melayu akan mengikut apa yang dilakukan oleh raja-raja dan
golongan bangsawan, jadi bila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam,
amat mudah dan cepat Islam berkembang di kalangan rakyat bawahan.
Agama Islam juga tersebar
melalui perkahwinan antara raja sesebuah
negara dengan puteri raja dari negara yang lain. Proses ini biasanya dipanggiI
perkahwinan siasah. Langkah ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah
negara. Umpamanya perkahwinan Puteri
Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka.
Putera Parameswara yang beristerikan
dengan puteri Sultan Pasai yang beragama Islam telah ditauladani oleh
pengikut-pengikut dan rakyatnya kerana hendak mendapat limpah kurnia daripada
pemerintah dan daripada pergaulan hidup bermasyarakat.
Sebagaimana yang diketahui
Melaka mempunyai tanah jajahan takluk yang luas. Melaka berfungsi sebagai pusat
perkembangan agama Islam memain peranan utama mengembangkan Islam di
tanah-tanah jajahan takluknya seperti ke Siak, Inderagiri, Rokan, Pahang, Perak
dan lain-lain. Pada lazimnya
Perkahwinan sering dilakukan
di antara putera-puteri Melaka dengan putera-puteri tanah-tanah jajahan tadi.
Jadi, putera-puteri Melaka yang beragama Islam bila berkahwin dengan
putera-puteri lain sudah pastilah akan memeluk agama Islam terlebih dahulu.
Dengan pemelukan Islam oleh raja-raja tempatan tadi dengan mudah Islam
berkembang di kalangan rakyat bawahan.Schrieke juga turut menekankan bahawa
perkahwinan peniaga Islam yang kaya dengan keluarga diraja setempat telah
menjadi faktor utama dalam penyebaran Islam ke seluruh alam Melayu. Walau
bagaimanapun, sukar untuk menunjukkan bukti tentang pengislaman yang dilakukan
secara besar-besaran di sesuatu daerah tertentu. Hubungan perkahwinan selalunya
membawa pengislaman bagi jumlah yang kecil sahaja.
Faktor ekonomi dan sosial
menjadi pendorong yang besar ke arah kepesatan berkembangnya agama Islam di
kawasan ini. Brunei telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat
dengan pedagang-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan
yang rapat dengan Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah
masing-masing. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511
Masehi. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati
penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka ini suka dan
tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada
perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut. Mereka kahwinkan puteri-puteri
bangsawan dan puteri-puteri orang besar mereka untuk mengekalkan
saudagar-saudagar tersebut di tempat itu dan untuk mendapatkan faedah ekonomi.
Dengan cara perkahwinanini maka keluarga-keluarga yang terlibat dalam perkahwinan
itu dengan sendirinya memeluk agama Islam.
3. Perluasan kuasa dan faktor
politik
Dua buah negara yang
memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui usaha penaklukan ialah
Melaka (pada abad ke-15) dan Acheh (pada abad ke-16 dan 17). Di zaman
keagungannya, Melaka telah menakluki banyak daerah dari negeri di Semenanjung
dan juga Sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain Iagi.
Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut.
Kebiasaannya, raja di sesebuah negeri yang ditawan tidak sukar diislamkan
kerana secara sukarela mereka menerima Islam sebagai satu Iangkah untuk
mendapatkan layanan yang baik dari pemerintah negeri yang menawannya.
Pengislaman raja sesebuah negeri biasanya diikuti oleh rakyat. Ini sudah tentu
menambahkan bilangan orang yang menganut agama Islam. Di zaman kekuatan Melaka
dan Acheh dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap tanah-tanah
jajahannya, ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebut dari jatuh ke tangan
kuasa-kuasa Kristian.
Sarjana Barat, Van Leur
mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan
Melayu disokong oleh situasi politik dan juga motif politik. Melaka dikatakan
menganut agama Islam kerana bermaksud mendapat sokongan pedagang-pedagang
Islam. Hal yang sama juga dikatakan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di pesisir
kepulauan Indonesia. Negeri-negeri itu menganut agama Islam untuk mengelak dari
pengaruh kerajaan Majapahit. Kerajaan-kerajaan Islam yang baru, menuntut
sokongan orang Islam untuk mempertahankan kerajaan mereka yang bercorak Islam.
Kerajaan--kerajaan ini mengharapkan pertumbuhan aktiviti perdagangan dengan
sokongan dari pedagang-pedagang Islam. Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor
politik dan ekonomi yang menjadi dorongan kuat untuk kerajaan Melayu menganut
agama Islam.
4. Ajaran Islam yang mudah/Ideologi
Islam itu sendiri
Faktor yang dikira penting
disamping ikutan dan kepatuhan kepada raja mereka, orang Melayu secara
beramai-ramai dan suka hati memeluk Islam adalah disebabkan keelokkan ajaran
serta keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia yang
dibawa oleh Islam. Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakan warna kulit dan
darah keturunan, menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam
serata masyarakat ketika itu.
Islam menekankan cara
pergaulan yang baik, cara berpakaian, makan dan sebagainya. Dengan perkataan
lain, ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari kesucian jasmani dan rohani. Ia
dianggap sebahagian daripada iman.
Sebelum agama Islam bertapak
dan berkembang di Nusantara, penduduk-penduduknya menganut agama Hindu atau
mempercayai fahaman animisme yang diwarisi dari datuk nenek mereka.
Tetapi kerana aspek ajaran
Islam itu Iebih baik dan mudah, menyebabkan agama tersebut akhirnya dapat
mengatasi perkembangan agama Hindu.
Faktor kesederhanaan,
kesucian dan keluhuran agama Islam itu sendiri yang bertunjangkan kepada
ketuhanan yang tunggal dan penyamaan taraf antara sesama Islam, tidak
sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu
yang bertuhankan kepada berhala dan dewa.
Agama Islam dianggap agama
yang rasional dan praktikal, mudah difahami dan konsepnya sesuai dengan corak
dan sistem hidup orang-orang Melayu. Islam telah melahirkan nilai-nilai murni
seperti hidup bantu-membantu, bersifat adil, jujur dan sebagainya. Semuanya ini
menjadi tarikan kepada orang-orang Melayu untuk menerima Islam. Akhirnya agama
Hindu ditolak secara keseluruhannya oleh masyarakat Melayu
Wertheims juga menunjukkan
bagaimana idea persamaan dan harga diri bagi setiap insan dalam masyarakat
Islam telah rnenjadi daya penarik yang utama kepada penduduk di kepulauan
Melayu daripada sistem kasta Hindu yang diamalkan selama ini dalam kehidupan
mereka seharian. Sesungguhnya konsep Islam tentang persamaan telah mendapat
sambutan yang meluas di kalangan rakyat jelata di daerah-daerah yang didatangi
oleh pedagang Islam atau daerah-daerah yang dikuasai oleh kerajaan-kerajaan
Hindu. Dengan kata lain,pengislaman yang berlaku di daerah ini adalah
disebabkan oleh semangat ideologi Islam itu sendiri.
5. Faktor kesusasteraan
Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada
penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat
Nusantara telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama.
Dengan adanya satu bahasa, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan
lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan Jawi. Hasil-hasil
sastera Melayu ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini memudahkan para ulama dan
pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat
menguasai tulisan Jawi. Di zaman keagungan Melaka dan Acheh, bahasa Melayu
telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka. Pelbagai
bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam telah mempengaruhi bahasa
Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui bahasa Melayu
dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang Melayu
terhadap ajaran Islam.
Di samping ajaran agama
Islam, terdapat hasil-hasil sastera Islam berdasarkan kepada cerita-cerita
nabi, perwira-perwira Islam dan lain-lain disebarkan oleh bijak pandai Islam
ketika itu. Jadi pengaruh agama Islam tersiar dengan meluas di Nusantara dan
berjaya dijadikan satu pegangan yang teguh dan kuat sehingga mengkagumkan
mubaligh-mubaligh Kristian yang gagal menjalankan usaha-usaha mereka di
Nusantana.
Beberapa tokoh karyawan dan
ulama Iuar serta tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam
sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar
daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak,
Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-onang Melayu.
Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman
pembacanya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat
berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh sastera seperti Hamzah
Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab
agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan ke seluruh jajahan takluk dan hal
ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Nusantara.
6. Peranan ahli tasawuf,
sufi dan pendakwah
Pengembang-pengembang
agama pula sungguhpun mereka bukannya
orang yang mula-mula sekali membawa masuk agama Islam ke Melaka, tetapi
kedatangan mereka kemudiannya telah memesatkan penyebaran itu bersama dengan
ajaran-ajarannya sekali. Islam tiada berkehendakkan pengorbanan yang besar dari
penganut-penganutnya yang baru memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun, hingga
kurun yang keempat belas, penyebaran agama Islam telah disekat oleh Majapahit,
negara Hindu yang terakhir dan terbesar sekali di Tenggara Asia. Dengan
berpecahnya Majapahit, Islam telah mulai tersebar semula dengan cepatnya.
Bukti-bukti juga menunjukkan
yang Mu’awiyah bin Abu Sufyan (661-680M.), iaitu Khalifah pertama Kerajaan Bani
Umayyah, telah pernah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M. Tetapi
baru pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M), usaha-usaha dakwah
Islamiah menampakkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan Srindravarman,
Raja Srivijaya di Jambi pada tahun 718M.
Kegiatan penyebaran
Islam dikembangkan oleh ahli-ahli tasawuf
dan sufi yang merupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua
golongan ini telah menunjukkan teladan yang baik tentang Islam itu sendiri.
Mereka berpakaian bersih, bersopan santun dan bertatatertib sehingga tingkah
laku dan tutur kata mereka mempesonakan orang ramai. Di zaman Melaka, golongan
ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bijak dalam
tutur kata. Nasihatnya didengar oleh sultan dan para pembesar. Di zaman
kesultanan Acheh, golongan tasawuf telah
diberi peranan penting dalam pentadbiran. Semasa pemerintahan Sultan lskandar
Muda, seramai 22 orang ulama (ahli tasawuf ) telah menganggotai BaIai Gadang
yang menjadi pusat bagi membincangkan masalah pentadbiran negara dan masalah
agama. Antara mereka termasuklah Hamzah Fansuri dan Nuruddin aI-Raniri. Mereka
telah memberi sumbangan yang besar kepada
Acheh dalam kegiatannya sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara.
Antara teori-teori yang ada
di tanah melayu ialah:
i) Teori dari India
Sarjana-sarjana tidak
sependapat tentang dari kawasan manakah di India tersebut sebagai tempat
asalnya Islam di rantau ini. Kebanyakan hujah-hujah untuk menegakkan teori ini
hanya mengemukakan abad ke-13 M sebagai tarikh bermulanya Islam di Nusantara,
walhalnya proses Islamisasi di sini sudah pun berjalan sejak abad pertama
hijrah lagi.
ii) Teori dari Cina
Penemuan Batu Bersurat di
Terengganu yang bertarikh 1386 (sebenarnya bertarikh 1303M) yang disamakannya
dengan batu nisan di Champa Selatan. Menurut Dr. Abdul Jalil Hj. Hassan, dalam
catatan sejarah Chau-Ju-Kua (1225 M)
terdapat negeri islam yang disebut sebagai ‘Fo-lo-an’. Bagi Paul Wheatly besar
kemungkinan Fo-Lo-an ini ialah Kuala Brang di Terengganu yang menjalankan
perniagaan dengan orang Arab di samping Srivijaya. Dengan terjumpanya Batu
Bersurat (1303 M) di Kuala Brang tersebut, nyatalah betapa pentingnya peranan
Terengganu sebagai kawasan pengaruh Islam ketika itu. Dan ini juga menunjukkan
yang Islam stang melalui Pantai Timur, yang bererti ianya datang melalui China
atau Indochina.
iii) Teori dari Arab/ Parsi
Menurut pendapat Syed
Muhammad AL-Naguib Al-Attas:
1. Jika ditinjau kenyataan
hasil kesusasteraan keagamaan yang telah merujuk kepada sumber-sumber tulisan
lama islam yang berkenaan dengan Kepulauan ini kita akan dapati bahawa tiada
suatu pun laporan, rujukan atau sebutan yang merujuk kepada penulis atau kepada
kitab yang berasal dari india atau digubah oleh orang India.
2. Mubaligh-mubaligh lama
Islam di daerah ini pun terdiri dari orang-orang Arab atau Arab/Parsi seperti
yang ternyata pada gaya nama dan gelaran mereka masing-masing.
3. Kandungan faham keagamaan
yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah, bukan India. Misalnya
kedudukan dan cara penghuraian akidah-akidah pelbagai mazhab ilmu tasawuf,
peribentuk tulisan jawi dan corak
beberapa huruf-hurufnya, nama gelaran bagi hari-hari mingguan, cara melafazkan
Al-Quran dan lain-lainya menyatakan cirri-ciri tegas bangsa Arab, bukan India,
sebagai pembawa dan penyebar asli agama Islam di rantau ini.
KESIMPULAN
Setelah penerangan yang
panjang lebar di atas berdasarkan kepada faktor faktor yang telah dikumpul, maka dapat
disimpulkanbahawa agama islam berkembang dinusantara bukanlah disebabkan faktor
tertentu. Antara sebabnya ialah perdagangan. Juteru pemelukan agama islam
dikalangan para pembesaran dan raja merupakan pemangkin perkembangan agama
islam di nusantara memandangkan sifat masyarakat melayu itu sendiri yang taat
kepada raja, menyebabkan mereka turut memeluk agama islam. Pada masa yang sama
perkhawinan turut menyumbang kepada faktor islam di nusantara . pada penghujung
kurun yang keempat belas yang berlaku juga menyebabkan masyarakat melayu mudah
menerima islam. Kesemua ini berkait rapat dengan corak maritime kawasan
nusantara yang mudah menerima pengaruh agama melalui kawasan persisiran selat
Melaka.
RUJUKAN
·
Normurni Mohamad, Razana Fatin
Abdullah@Razali, Mohamad Faizal Ahmat 2016, Pengajian Malaysia, Selangor Darul
Ehsan, Oxford Fajar
·
https://www.google.com.my/search?biw=1366&bih=657&tbm=isch&sa=1&q=POLITEKNIK&oq=POLITEKNIK&gs_l=img.3..0l10.52745.56647.0.57449.16.8.1.4.4.0.509.1007.2-2j5-1.3.0....0...1c.1.51.img.8.8.1060.qe-KPs0bjuY#tbm=isch&q=politeknik+sultan+ahmad+shah
LAMPIRAN
Batu
bersurat di terengganu
Perkahwinan
Golongan
pembesar meyebarkan agama Islam
Agama
islam disebar melalui perdagangan
PETA LALUAN PENYEBARAN
ISLAM
No comments:
Post a Comment